RRP PEHAM HQ PUTRAJAYA

REN Renewal Programme (RRP)


1. REN Renewal Programme (RRP) merupakan kursus wajib yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPEPH) kepada semua Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di seluruh Malaysia bagi tujuan pembaharuan REN Tag.

   Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM250 seorang, dan kursus ini dijalankan selama setengah hari yang merangkumi dua (2) modul.


2. Hanya REN yang mempunyai tarikh tamat REN Tag pada 31 Disember 2026 sahaja layak menghadiri RRP bagi tujuan pembaharuan REN Tag untuk tahun 2027.


3. Semua peserta yang menghadiri kursus ini akan menerima Sijil RRP daripada pihak LPEPH. Setelah kursus selesai, pihak penganjur (PEHAM) akan mengemukakan rekod kehadiran serta senarai nama peserta kepada pihak LPEPH untuk tujuan pengeluaran sijil.

   Peserta akan dimaklumkan melalui WhatsApp atau e-mel sebaik sahaja sijil (salinan digital) telah dikeluarkan.


4. Sijil RRP (salinan digital) ini perlu disertakan semasa proses pembaharuan No. REN (REN Renewal) melalui agensi masing-masing.


5. Bermula Januari 2026tiada lagi sijil hardcopy akan dikeluarkan oleh pihak LPEPH. Semua sijil hanya disediakan dalam bentuk salinan digital melalui sistem BIS.

   Pihak penganjur akan memaklumkan kepada peserta mengenai kaedah dan panduan untuk memuat turun sijil tersebut setelah ia tersedia dalam sistem.


Terima kasih.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
RRP PEHAM, PEJABAT PEHAM, PRESINT 15, HQ (25 APRIL 2026)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN