
Ren Renewal Programme (RRP)
1.
Ren Renewal Programme (RRP) adalah kursus yang diwajibkan oleh Lembaga
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia
(LPEPH) kepada Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di
seluruh Malaysia untuk memperbaharui REN TAG. Yuran pendaftaran adalah
sebanyak RM250 seorang dan kursus ini dijalankan selama setengah hari
merangkumi 2 modul.
2.
Hanya REN yang mempunyai REN Tag dengan tarikh tamat pada 31 Disember
2025 sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke RRP bagi memperbaharui REN
tag untuk tahun 2026.
3. Semua peserta yang menghadiri kursus ini akan menerima SIJIL CDP dari Board/LPEPH. Selesai Kursus, pihak penganjur (PEHAM) akan submit kehadiran & senarai nama peserta untuk urusan sijil. Sijil dikeluarkan oleh Board/LPEPH. Pihak PEHAM akan email pada semua peserta SIJIL RRP (soft copy) setelah sijil dikeluarkan.
4. Sijil RRP (soft copy) ini seterusnya perlu disertakan ketika membuat pembaharuan NO REN (REN Renwal). Proses ini adalah melalui Agensi masing-masing.
Terima Kasih