
Negotiator’s Certification Course (NCC) adalah kursus yang diwajibkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPEPH) kepada individu yang berminat untuk mendaftar sebagai Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di agensi-agensi hartanah berdaftar di seluruh Malaysia. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM600 seorang dan kursus ini dijalankan selama 2 hari merangkumi 8 modul.