Negotiator’s Certification Course (NCC)
1. Negotiator’s Certification Course (NCC) adalah kursus yang diwajibkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPEPH) kepada individu yang berminat untuk mendaftar sebagai Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di agensi-agensi hartanah berdaftar di seluruh Malaysia. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM600 seorang dan kursus ini dijalankan selama 2 hari merangkumi 8 modul.
2.Semua peserta yang menghadiri kursus ini akan menerima SIJIL NCC dari Board/LPEPH. Selesai Kursus, pihak penganjur (PEHAM) akan submit kehadiran & senarai nama peserta untuk urusan sijil. Sijil dikeluarkan oleh Board/LPEPH mengambil masa 3-4 minggu . Pihak PEHAM akan e-melkan pada semua peserta SIJIL NCC (soft copy) setelah sijil dikeluarkan oleh LPEPH.
3. Sijil NCC (soft copy) ini seterusnya perlu disertakan bersama surat lantikan dari Agensi Hartanah berdaftar untuk memohon NO REN. Proses ini adalah melalui Agensi masing-masing.
4. Bermula Januari 2026, tiada lagi sijil NCC secara HARD COPY dikeluarkan oleh LPEPH & tiada lagi sijil fizikal.
Untuk makluman, berdasarkan arahan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) melalui edaran Notification 22/2024 bertarikh 25 September 2024, syarat pendaftaran REN adalah seperti berikut:
1️⃣ Lulus NCC
Menghadiri Negotiators Certification Course (NCC) dan lulus penilaian NCC secara atas talian.
2️⃣ Minimum Kelayakan
Sekurang-kurangnya LULUS SPM atau setaraf, atau kelayakan yang lebih tinggi.
3️⃣ Status Kebankrapan
Pemohon mestilah tidak diisytiharkan bankrap (bukti terkini perlu dikemukakan).
Berkuat kuasa: 1 Oktober 2024
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami di talian 010-226 9290 atau layari laman rasmi PEHAM.
Maju Bersama PEHAM!
Terima Kasih.